Assalamualaikum..
Hye alls.. hello..hello..helloooo..
Masih terasa kemeriahan suasana hari raya even dh kna masuk ofis dh hari ni..Orang lain still terlentok kt umah masing-masing tapi aku dh masuk ofis dh.. Cabaran dan dugaan betoi laa..
Oppss..silap entry nih nak cerita pasal raya..hehe Sebenarnya nak kongsi rahsia awet muda cara Islam.. Cerita raya kita kongsi dlm entry plak yer..huhu..
Sempena bulan mulia nih..jangan kita ingat nk beribadat dalam bulan Ramadhan ja..tapi kena ingat setiap hari perlu diamalkan ibadat.. Aceceee..dah macam ustazah la plak aku nih..hikhik..sejuk perut mak kalau tau nih..hehe..
Dalam meningkat umur nih..tahap malu tu pun makin meningkat laa jugak.. Syukur alhamdulillah aku masih punya iman dlm diri..aminn.. ok..jomm ikuti rahsia awet muda nih..semoga kita semua akan kekal 'chantek' dgn cara yg betul..aminn..ya Allah..
.............................................................................
Petua utk awet muda cara Islam. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w 3kali.
Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
Lakukan setiap pagi disusuli dgn meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Sejurus bangun pagi, baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yg boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
Baca ayat 35 hingga 38 surah al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala
Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yg berumput. Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun.
Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dgn ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yg dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.
Ketika makan, janganlah disulam dgn minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
Rajin-rajinlah membaca al-Quran dgn niat ikhlas kerana Allah
Amalkan solat tahajud
Sentiasa tenang dan bersikap positif
Mulakan sesuatu urusan dgn nawaitu yg baik dan niat kerana Allah
Maafkan semua org sebelum tidur.
~ renung-renungkan..selamat beramal ~







0 comments:
Post a Comment